Thursday, February 3, 2011

Lulus Sejarah Pandai Sejarah?

Tiba-tiba pelajaran Sejarah nak dijadikan mata pelajaran wajib lulus peperiksaan. Kenapa ye? Sebelum ini memang ia diajar tetapi bukan subjek wajib lulus. Adakah kerana ada ahli politik yang dangkal sejarah cerita bukan-bukan dalam akhbar? Kononnya sejarah di sekolah seolah-olah hanya menceritakan pasal Melaka? Pasal Melayu saja? Tak cerita pasal 'contribution' orang India, orang Cina dll? Kononnya pelajar mesti diajar Perlembagaan Malaysia, macam tak pernah diajar pun. Mungkin zaman dorang kurungan umur 40 - 60 tahun tak da kot benda-benda ni. Suruh saja dorang cuti seminggu pergi baca kandungan buku sejarah SRP dan SPM sekarang ni. Aku jamin, dakwaaan dulu dilupakan, cerita lain pula yang akan timbul. Orang-orang ni suka bawa mulut, petik konteks yang sesuai untuk dorang saja. Cerita bukan-bukan di akhbar, tapi nak sorok bila silap. Cuba cerita sikit sejarah apa yang dia ingat yg dia belajar dengan buku tebal-tebal kat sekolah? Aku percaya 90% tak ingat satu habuk pun. Begitu juga dengan mata-pelajaran lain. Aku mengikuti perkembangan buku sejarah di peringkat SRP dan SPM dah lama dah. Dah banyak perkara baik dan diperbetulkan tak macam zaman dulu lagi. Tapi ada juga beberapa kelemahan yang boleh dibaiki tapi tak dapat memburukkan yang telah dimajukan. Masalah utama pelajaran sejarah ini ialah penerapan, bukannya kandungan yang ilmiah. Tak ramai yang minat. Bila tanya, jawapannya banyak sangat yang nak kena ingat. Akhirnya perkara asas yang hendak disampaikan pun tak faham. Macam subjek-subjek lain juga, guru terpaksa mengejar dan habiskan syllabus. Tak ada masa nak bagi pelajar faham. Aku percaya bagi orang-orang politik ni dua minggu baca sejarah tu pun, dorang akan gagal bila terima ujian periksa. Orang yang menghayati sejarah je yang suka sejarah. Akhirnya masalah sama juga yang dapat, pelajar lulus periksa, tapi cara hafalan, dah habis lepas tu terus lupa. Ini masalah penerapan, kematangan dan kandungan. Sedarkah orang-orang ini berapa ramaikah pelajar lemah yang mereka abaikan demi memberi perhatian pada yang lebih matang? Boleh bangga kah kalau sekolah itu mencipta 10% peningkatan yang dikatakan cemerlang iaitu melibatkan 40 orang sedangkan 400 orang lagi kandas sebab tak faham dan kurang matang? Sedarkah sekolah beri guru terbaik untuk kelas hadapan dan guru yang tak mahir untuk melatih pelajar yang kurang matang dan tak faham? Cuba tanya orang di sekitar anda pasal sejarah. Dorang lulus SRP dan SPM dulu, tapi bolehkah dorang cerita balik benda sejarah tu? Cuba uji dan bandingkan perkara teras yang panitia sejarah fikir konsep-konsep yang nak sampaikan dengan jawapan yang dia akan dengar dari orang yang dah lulus periksa sejarah 6 bulan atau setahun kemudian. Saya tahu jawapannya, tak ingat atau tak minat. Ini bukan masalah pelajaran sejarah saja, tapi semua pelajaran. Kalau lambat matang, tak faham juga. Tanyalah orang yang dapat gred 1 dulu, yang lulus semua matapelajaran. Dia orang pun tak tentu lagi jawab dengan betul. Hanya cik gu yang sudah kerjanya seharian dan mingguan berulang-ulang perkara sama sahaja yang dapat jawab soalan tu dengan mudah dan betul.

No comments: