Thursday, February 3, 2011

Syukur Alhamdulillah

Aku rasa penduduk Tanah Melayu telah selamat dari sistem pembunuhan beramai-ramai bagi membentuk negara komunis sebab orang Melayu telah bersama British menentang komunis. Minggu lepas aku ada menonton TV History Channel pasal Hitler dan Nazi. Terkejut juga aku dengan dokumentari itu yang mengaitkan kerjasama Hitler (Nazi Germany) dengan Stalin (Komunis Russia). Sebelum ini aku tak tahu pun sistem komunis menghalalkan pembunuhan beramai-ramai untuk menegakkan sesebuah negara komunis. Aku ingat orang tertentu sahaja yang suka bunuh orang secara berasingan. Aku percaya ramai juga tak tahu. Menurut dokumentari itu sebelum perang dunia kedua, Hitler dan Stalin bersetuju membahagikan Eropah. (Hitler setuju Italy menguasai Mediteranean dan Jepun menguasai Asia dan Pasifik. Belum ada bukti rancangan penguasaan Amerika dan Afrika.) Stalin setuju German menguasai Atlantik dan semua Eropah barat serta Austria dan separuh Poland. Hitler pula setuju Rusia menguasai separuh Poland, Eropah selatan hingga laut Baltik dan Eropah timur serta utara termasuk Ukraine, Georgia, Turkmenistan, Yugoslavia, Czechoslovakia, Bulgaria, Romania hingga akses ke lautan Atlantik melalui Estonia, Lithuania, Sweden dan Finland. Dengan persetujuan itu, Stalin akan membantu Hitler dengan bahan-bahan mentah untuk teknologi yang sedang dimajukannya serta bekalan makanan dan minyak yang Hitler stok untuk kempen perangnya. Hitler setuju menerima saintis Russia membuat kajian aerospace dan high technology lain bersama di Austria. Menteri mereka saling melawati dan pura-pura bergembira. Stalin dan Hitler kata mereka ada persamaan. Stalin kata sistem komunis membolehkan 10-20% penduduk tidak produktif jajahan dimatikan untuk memberi peluang kejayaan baru penerapan sistem komunis. (Sistem yang juga dilaksanakan oleh permulaan kerajaan komunis di Kemboja, Czechoslovakia, Yugoslavia, Bulgaria dan negeri lain. Di masa pembentukan negera komunis China pembunuhan beramai-ramai ini telah dihalalkan dan dipanggil Cultural Revolution. Pembunuhan beramai-ramai yang sama juga telah dan cuba dilakukan oleh Parti Komunis Malaya, Parti Kumunis Indonesia, Parti Komunis India, Parti Komunis Filipina, Parti Komunis Vietnam.) Hitler kata sistem Nazi pun sama konsepnya cuma Nazi memilih etnik tertentu bukan Yahudi sahaja buat permulaan proses mematikan manusia. Oleh itu orang Yahudi yang beramai-ramai telah lari ke Russia dipulangkan Stalin kepada Hitler sebagai hadiah. Buang yang keruh, ambil yang jernih katanya. Russia mengarah seramai 7 juta penduduk jajahan Russia terutama dari Ukraine dipaksa mati kebuluran atau memilih dibunuh. Penduduk dari jajahan lain dibawa mengusahakan ladang di Poland dan Ukraine untuk pekej bekalan makanan untuk Hitler. Lagi 5 juta orang diserapkan ke tentera dan pergi menakluki Finland, Sweden, Lithuania dan Estonia dan diharapkan mati bertempur sebagai pengorbanan kepada komunis Rusia. 3 juta mati perang dan kebuluran dalam kesejukan salji dan hanya dilihat saja oleh dunia. Rusia hendak tunjukkan pada Hitler dia komited dengan perjanjian, ada kekuatan dan rakyat yang sanggup mati mempertahankan komunisme. Stalin percaya dia akhirnya akan dapat memaksa Hitler menyerah pada komunisme bila Nazi Germany sudah kehabisan resources dan tenteranya tersebar di selatan dan barat Eropah dan tidak upaya mengancam Rusia. Komunis China juga akan berjaya menguasai Asia bila Jepun sudah tertekan di Asia-Pasifik. Bila perang Hitler bermula di Poland dan menakluki Eropah, Stalin berbuat baik dengan Britain untuk mendapatkan pelan membina kelengkapan perang kononnya untuk memberi tekanan pada Hitler tetapi sebenarnya rancangan untuk mengembangkan sistem komunis. Hitler sudah menjangka plan Rusia, sebab itu dia menerima tentera Rusia menyeberang Poland untuk menyerang Sweden dan Finland. Perang itu membantu Hitler melengkapkan doktrin Luftwaffe serta ujian keberkesanan angkatan udaranya. Melihat kelemahan taktikal Rusia dalam serangan di Sweden, Hitler berjaya juga membentuk doktrin baru peperangan menggunakan divisyen berperisai utama sebagai taktik penyerang strategik. Doktrin-doktrin tentera baru ini yang belum diamalkan di dunia telah berjaya mengalahkan dengan pantas tentera Rusia di Poland dan tentera bersekutu di Eropah.

No comments: