Friday, July 4, 2008

Sarkas Datang Lagi ke Malaysia

Dalam kita sibuk nak fikirkan semula perbelanjaan menghadapi kamelut dan ancaman inflasi semua harga barangan dan perkhidmatan, tiba pula sarkas hendak buat show nya. Besar-besaran pula tu. Akan habislah wang rakyat akan dibelanjakan menangani sarkas politik ini. Untunglah kot penganjur sarkas seperti yang telah dirancang. Aku rasa penduduk Malaysia sudah bosan dengan sarkas. Kalau boleh diminta semua sarkas ni blah aje. Masing-masing nak tunjuk pandai putar belitkan perkataan dan kata-kata. Cukuplah. Tak da faedah pun pada rakyat majoriti. Lagi huru-hara adalah. Politik Sendirian Tak Terhad.

Harga Minyak Mentah Naik Lagi

Apa ke hal dengan harga minyak mentah ni. Pemerhati minyak kata pengeluaran dan bekalan meningkat tapi harga tak turun juga. Permintaan meningkat juga sebab keperluan meningkat oleh pelbagai sebab. Kalau permintaan menurun boleh ke harga minyak menurun? Aku rasa mungkin tidak jugak. Mungkin tak ada pedagang nak tempah minyak di bawah harga pasaran kerana nanti tak dapat bekalan. Penjual pula akan kata rugilah kalau jual di bawah harga pasaran. Pelabur pula tetap mengasak harga naik lagi untuk dapat untung berganda. Negara miskin bertambah susah. Negara membangun tak tahan lagi nak bangun. Negara maju juga dah mula merasa masalah kerana desakan rakyatnya yang tak tahan lagi menanggung kenaikan harga. Kenaikan harga minyak memberi kesan hebat pada harga barangan. Yang aku nampak jelas di sini, yang untungnya pengeluar minyak dan pelabur. Yang anehnya semua pihak tak tahu apa nak buat sebab mereka percaya pada konsep 'bekalan vs permintaan' yang tak patut diganggu. Gagasan ini nampaknya dikehendaki statik dan tidak perlu dinamik.

Kelmarin ada lapuran akhbar yang mengatakan jumlah dagangan minyak dunia di pasaran hadapan bursa minyak mentah sangat jauh lebih tinggi dari jumlah dagangan yang sebenar. Maka kuatlah andaian mengatakan sistem penilaian harga minyak telah terdedah kepada spekulasi dan mungkin manipulasi yang didorong oleh ketamakan segolongan manusia.

Aku ingin juga menambah satu lagi kemungkinan. Giler punya. Disebabkan pakar-pakar dah terlalu canggih pemikirannya dengan pelbagai kaedah menggunakan komputer, ada juga kemungkinan komputer memainkan peranannya 'memperbodohkan' manusia. Bila komputer naikkan harga, orang/pelabur suka. Komputer tak tahu perasaan suka tapi komputer diajar untuk buat orang suka. Macam cerita Star Trek aje. Bagaimana kalau kita andaikan komputer itu juga satu gantinama untuk segolongan orang yang cerdik. Ada segolongan makhluk itu sendiri macam komputer yang boleh menceroboh komputer.

Baru-baru ini aku terbaca satu artikel mengenai kemampuan 'komputer penceroboh'. Katanya ia mampu buat serangan Phishing untuk akses akaun broker pelaburan. Ia boleh main portfolio saham mangsa dan mempengaruhi jual-beli saham. Kalau begitu ia juga boleh menyerang hendap sistem IT syarikat. Penyelia syarikat tidak menyangka maklumat dagangan harga permintaan dan jualan di mainkan oleh 'komputer penceroboh'. 'Komputer penceroboh' pun semakin hampir mendapat nikmat 'suka'. Bagaimana pula kalau 'komputer penceroboh' itu menjatuhkan harga gila-gila. Mahukah pengeluar jual minyak pada harga yang teruk itu? Melentingkah pelabur-pelabur tamak? Baru hendak adakah pelarasan sistem harga minyak yang lebih terkawal dan stabil?