Sunday, June 15, 2008

Teknologi Transfer

Di tahun 80’an dulu di Malaysia ramai telah diperkenalkan dengan istilah “technology transfer”. Ada yang ingin melihat dari sudut lain lalu mempromosikan istilah “technology acquisition.” Berbilion ringgit negara kita belanjakan untuk tujuan ini. Selepas 20 tahun, minat juga hendak tahu apakah kita ini sekarang pencipta teknologi, pelopor teknologi, pengurus teknologi atau pengguna teknologi hasil dari perbelanjaan tersebut. Kadang-kadang perkataan teknologi itu pun kita tak pasti apa bendanya sehinggakan “technology acquisition” dan “technology transfer” itu pun kita tak pasti berapa peratus yang berlaku.

Kamus Merriam-Webster memberikan istilah pada “technology”: aplikasi ilmu pengetahuan secara praktikal dalam bidang tertentu dan pencapaian kemampuan dibolehkan dengan aplikasi ilmu pengetahuan yang praktikal.

Wikipaedia pulak dah terangkan secara terperinci “technology” sebagai satu konsep. Antaranya boleh merujuk kepada koleksi-koleksi teknik, penciptaan dan penggunaan peralatan dan bagaimana ia berkaitan dengan kebolehan mengawal penggunaannya dan penyesuaiannya terhadap persekitaran kehidupan. Konsep yang merujuk kepada kebendaan dan bukan kebendaan yang dicipta dengan usaha mencapai sesuatu nilai. Boleh merujuk kepada aktiviti yang membentuk atau merubah kebudayaan dan tamadun. Ia juga applikasi matematik, sains dan kesenian untuk kemajuan kehidupan. [Tapi teknologi membalak juga dah ada sebelum zaman sains dan matematik?] Ia boleh merujuk kepada perlakuan kehidupan dan penggunaan sesuatu, samada kebendaan, sistem, organisasi dan teknik, untuk melakukan kerja dengan lebih baik atau mencanggihkan kehidupan.

Aku suka mengatakan perkara yang dikatakan teknologi itu mesti ‘hidup’ atau boleh terus dimajukan secara zahir ke tahap lebih baik mengikuti peredaran masa. Lain dari ini bukanlah teknologi. Oleh itu perkara yang dirangkumkan dalam sesuatu teknologi itu boleh berkembang dan perkembangannya boleh diukur menurut masa. Maka amat sesuailah teknologi sesuatu perkara itu merangkumi bahan fizikal, sistem beroperasi bahan, organisasi sekitar dan modul pengetahuannya. Kalau kita nak lihat teknologi ternak ayam, kita telitilah bahan fizikal teknologi itu, sistem operasi untuk bahan tersebut, keperluan organisasi sekitar untuk teknologi itu dan naskah-naskah ilmu serta prosedurnya.

Rangkuman empat perkara tersebut adalah asas munasabah untuk kita teliti samada bagi tujuan mencipta teknologi, membangun teknologi, mengurus teknologi dan mengukur kemajuan teknologi. Matlamat, fungsi, keberkesanan, kesesuaian, keburukan, pencapaian, kos dan kemudahan teknologi itu adalah aspek lain yang ditinjau untuk memilih teknologi.

Kalau kita nak “technology acquisition” dan “technology transfer” kita kenalah juga peka dengan apa yang kita akan dapat dari rangkuman empat perkara tersebut. Kalau kita tak menguasai atau tak dapat ke-empat-empatnya setiap teknologi itu, maka malanglah kita kerana tidak mengetahui dan tak berhasil lah “technology acquisition” dan “technology transfer” itu secara kos efektif. Kalau “technology acquisition” dan “technology transfer” yang kita hendak, kita kena belajar kenal pasti teknologi yang kita perlu, minta pakar-pakar yang berkaitan untuk “coaching” dan sediakan sekitaran yang sesuai dan pekerja kita untuk cekap menerima pemindahan atau perolehan teknologi tersebut. Penyediaan usaha untuk pemindahan teknologi mestilah lebih serius di pihak penerima kerana pihak penerima semestinya pihak yang amat berminat.

No comments: