Monday, March 28, 2011

Lelaki Y

Dalam kes AI, mahkamah pada mulanya menerima hujah pembela yang mana bahan peribadi suspek untuk dibuat bukti DNA telah diambil tanpa kerelaannya dan diluar kawasan dakwaan kejadian lantas mahkamah tidak boleh terima ia sebagai bukti. Pembela yang berpegang kepada etika profession guamannya yang cuba melindungi suspek menghujah cara itu melanggar hak asasi kebebasan suspek walaupun tahu bukti itu penting bagi dibincangkan. Dalam hal pembuktian DNA, undang-undang memperuntukkan pihak dalam siasatan perlu memberi DNA secara sukarela supaya keadilan dapat diberi kepadanya. Hakim tidak berkuasa memaksa suspek memberikan sample untuk mengenali DNAnya. Maka dalam hal DNA ini hanya AI yang mempunyai hak. Pihak pendakwa pula tiada cara lain untuk mengetengahkan bukti itu yang dianggap penting dalam pendakwaannya.

Kes ini menjadi sangat menarik apabila dilihat suspek mempunyai kuasa menghalang perjalanan pembuktian di mahkamah. Kalau pembuktian itu ditolak maka tiada kes terhadap AI sedangkan usaha "without reasoanble doubt" dan "reasonable best" telah dibuat oleh pendakwa walaupun seolah-olah mencuri tetapi pendakwa berhujah sample itu telah dikawal dan diklasifikasikan. Apakah perlakuan ini dikatakan mencuri dan apakah mahkamah boleh terima perlakuan ini? Bagi kita yang tidak bersalah rasa pelik juga, kenapa AI tidak mahu bekerjasama. Pada saya kalau inilah sikapnya, jika dia jadi PM tiada orang yang boleh ganggu dia. Ini sangat bahaya. Pada saya samada dia suka atau tidak kes itu, dia sepatutnya bekerjasama dalam kes pembuktian di mahkamah. Dia sepatutnya menyahut cabaran gunakan peluang pembuktian DNA itu bagi menunjukkan kepada orang ramai dia tidak bersalah dalam pendakwaan itu. Tidak sukar untuk memberi sample nya. Oleh kerana dia amat berpengaruh di negara ini, amat munasabah peguamnya boleh menuntut supaya semua kerja kawalan dan ujian makmal diawasi oleh wakilnya bagi mempastikan tiada penyelewengan. Ini dia boleh buat dengan mampu. Saya pasti pihak pendakwa juga akan setuju bagi menunjukkan pada orang ramai, kerja-kerja polis dan forensik kerajaan boleh dipercayai.

Ahli Parlimen ex-PKR Zulkifli Nordin yang dahulunya membela AI juga mengatakan ulama parti politik PAS juga telah memberi ultimatum kepada AI supaya bekerjasama memberi sample ujian DNAnya. Satu perkara menarik pada saya ialah jika AI memberi DNAnya secara sukarela ia akan dapat dibandingkan bukan sahaja DNA Lelaki Y tetapi juga dapat dibandingkan dengan DNA kes yang terdahulu. Sudah tentu AI tahu akan hal ini dan memilih tidak mahu memberinya dengan alasan itu hak peribadinya walaupun dia tahu ia tidak bekerjasama dengan undang-undang sediada bagi pembuktian. Sikapnya lebih enjoy biarkan orang ramai meniup khabar angin serta membuat andaian sedangkan dia mempunyai peluang membuktikan perkara yang benar dengan mudah.

Menghormati haknya, saya percaya sekarang orang ramai lebih gembira apabila hakim menarik balik keputusan terdahulunya lalu membuat keputusan khas menerima sample DNA oleh pendakwa setelah puas mendengar kenyataan mereka yang mengambil, mengawal dan menguji bukti tersebut. Pada saya jika pihak pendakwa kalah kes pendakwaan ini pun, AI masih belum membuktikan dia tidak bersalah dan dia tidak boleh saman sebarang pihak yang telah mengandaikan dia bersalah kerana dia sendiri tidak mahu buktikan dia benar. Dia seolah-olah mahu orang ramai percaya dia yang benar dan kerajaan yang salah melakukan khianat kepadanya, kedua-dua hal tanpa pembuktian. Dia bercakap mengenai rakyat seolah-olah semua rakyat mengikutinya sedangkan majoriti besar rakyat menyokong pihak kerajaan secara demokrasi. Saya tidak boleh menghormati AI sebab dia tidak mahu bekerjasama dalam proses pembuktian di mahkamah untuk membuktikan dia dipihak yang benar. Sekarang ni saya lihat AI kelihatan kotor dan takut kebenaran.

Sekarang jika DNA dari sample AI yang diambil tanpa kerelaannya "match" dengan DNA Lelaki Y yang diambil dari sample orang yang diliwat (setelah pembuktian), saya akan percaya AI telah meliwat walaupun dia menafikannya tanpa pembuktian. Satu pihak sedaya upaya cuba membukti dan satu pihak lagi tidak mahu orang tahu perkara yang sebenar.

No comments: