Monday, March 28, 2011

Kejayaan Dan Pencapaian

Aku ingat menarik juga maklumat dalam Metro 28 March 2011 mengenai Memacu Malaysia Ke Depan. Mengenai JPJ dan Trafik:

Per 5: Bilangan saman dikeluarkan berbanding bilangan jam beroperasi, Sasaran 2010 =10 dan keputusan sebenar =10.5

Per 6: Bilangan saman diselesaikan berbanding bilangan saman dikeluarkan oleh JPJ. Sasaran 2010=78% dan keputusan sebenar=47%.

Nampaknya jabatan ini mengukur prestasi melalui jumlah saman jalanraya. Kenapa? Nak kutip duit ke baru ada prestasi bagus? Kalau ye pun tujuannya nak meningkatkan keselamatan jalanraya, takkanlah dangkal sangat pengurusan kerajaan ini dengan mengukur prestasi melalui jumlah saman dan berapa banyak wang kutipan. Pada pendapat saya jika orang ramai boleh menyaman pihak ini jika dia buat kesalahan, saya mungkin setuju. Sebabnya sekarang ini kuasa disebelah pihak dan pihak yang didakwa adalah pihak yang ditakutkan. Bila maklumat KPI di atas jadi ukuran prestasi keselamatan jalanraya, nampak sangat kelemahan jabatan ini. Ketuanya tidak kreatif, tidak cerdik dan patut ditukarkan sahaja.

Bayangkan kalau nisbah jumlah saman dikeluarkan berbanding jam operasi lebih tinggi, ia boleh memberi gambaran pasukan yang bertugas terpaksa cari pasal untuk saman bagi memenuhi kuota. Kalau nisbah itu kurang pula, ia boleh memberi gambaran pasukan yang bertugas gagal melakukan saman. Kedua-duanya tidak menunjukkan prestasi keselamatan jalanraya atau pengurangan kesalahan jalanraya. Ia bukan ukuran prestasi kementerian, ia nampak mengenai prestasi pasukan yang bertugas. Dalam kepala orang-orang ini, saman adalah solusinya tetapi peningkatan saman tidak berjaya mengurangkan kemalangan bertahun-tahun lamanya. Nampak macam pengarahnya berjaya dapat contribute pada kerajaan dengan kejayaan mengutip wang dari orang ramai. Orang ramai pula akan berdendam dan tertekan. Mudahnya kata orang ramai bersalah dan kena tanggung bila saman dikeluarkan tapi saman bodoh pun banyak. Apakan daya orang yang kena saman itu nak mencabar pihak berkuasa? Semua fikir lagi susah dibuatnya nanti. Kerajaan kena ambil iktibar dari pemberontakan rakyat melalui sejarah tempatan dan dunia, tidak puas hati rakyat selalu dijanakan oleh pengurus-pengurus begini yang tindakannya tidak dipedulikan kepimpinan kerajaan.

Lihat bilangan saman yang diselesaikan, lebih kurang separuh saja. Ini menunjukkan kegagalan pengurusan yang lemah itu. Ada bayak sebab. Untuk sorokkan kelemahan ini, pengurusan dengan senang menyalahkan pihak lain. Menyalahkan orang ramai suka bayar saman lewat adalah satu kenyataan yang bodoh dari pengurusan yang lemah. Dalam setahun bekerja, pengurusan ini hanya melihat angka saman? Buang duit rakyat saja. Jelas prestasi pengurusan jabatan ini buruk. Rakyat dibelakangkan, pencapaian gagal diutamakan. Saya cadangkan menteri yang bertugas menukar saja pengurusan ini yang berfikir pasal saman saja dan kesalahan orang ramai untuk dia terus menjawat jawatannya. Pada saya KPI ini tidak sesuai untuk prestasi kementerian. Dalam TV pula saya tidak nampak sikap pengurusan ini cuba mendahulukan rakyat. Yang aku nampak, orang-orang ini stress, tak ada idea bernas, dan nampak rakyat sentiasa bersalah. Kenapa tidak dikatakan saja banyak saman yang lewat dimasukkan dalam komputer sehingga ada yang bertahun-tahun lamanya, tetapi terus kata pada menteri orang gagal bayar saman walaupun dah keluar bertahun-tahun lamanya. Kenapa tidak katakan yang sebenar bahawa banyak saman yang orang ramai tak tahupun dia kena saman. Kenapa nak cuba tunjukkan dia kerja keras depan menteri dan membelakangkan rakyat? Saya katakan kepada menteri "the un-friendly face" ketua jabatan tidak memberi impak "rakyat didahulukan" dan kementerian itu tidak bijak menangani prestasinya. Masalah tetap masalah. Kementerian lain bijak dengan pencapaiannya. Tetapi kementerian ini tidak begitu. Percayalah, jika PM senyum saja tak semestinya dia suka. Dia nak jaga hati saja.

No comments: